Kampung Ketior ni secara umumnya ada dua bahagian, Ketior Dalam dan Ketior Luar. Tapi teman pun tak berapa jelas sempadan Ketior Luar dan Ketior Dalam ni. Apa yang teman tau Ketior Luar adalah kampong-kampong  yang berdekatan dengan jalanraya Kuala Kangsar (KK) -Manong, termasuk  kampung-kampung dalam Ketior yang terletak sebelah kanan jalan KK ke Manong.  Ketior Dalam pula adalah kampung-kampung yang jauh dari jalanraya KK-Manung dan terletak sebelah kiri jalan KK ke Manong.

Ketior Luar

Kampung Nyior, Kampung Pulau/Padang, Kampung Pulai, Kampung Changkat Rambutan

Ketior Dalam

Kampung Ketior Masjid, Kampung Batu 25, Kampung Batu 26, Kampung Langkap, Kampung Kelebor 


Kampung Nyior

Terletak kat hulu Sungai Ketior.  Teman pernah mandi sekali masa kecik dulu, balik kena demam panas.

Kampung Padang

Saudara teman (sepupu mak teman) ramai tinggal kat.  Ayahcik Ham dan Makencik Midah (arwah) tingal kat sini.

Kampung Pulai

Tepi jalan raya yang ada kedai-kedai tu. Tak silap kilang kicap pun dalam kampung ni.

Kampung Changkat Rambutan

Tepi raya dengan selekoh sebelum Sg Ketior dari KK ke Manung. Rasanya teman tak pernah masuk dalam kampung ni.

Kampung Ketior Masjid

Sekitar masjid Ketior termasuk sekolah rendah. Lebih kurang 1 km dari jalanraya melalui jalan Ketior Dalam. Belakang masjid ni ada tanah perkuburan di mana arwah emak dan ayah teman dikebumikan.

Kampung Batu 25

Batu 25 ni tak silap dikira dari Taiping ikut plan jalan lama. Ada sebuah surau dan juga dewan orang ramai kat sini. Juga simpang jalan ke kampung Langkap  dan kampung Kelebor.

Kampung Batu 26

Ni kampung teman, paling ke dalam sekali dan paling hujung ikut jalan Ketior Dalam, lepas tu masuk kampung lain iaitu Kampung Benteng. jauh Batu 26 dari jalanraya kira-kira 3km

Kampung Langkap

Kat sini terletak tanah perkuburan di mana nenek teman, moyang teman, tok dan opah saudara teman dan ramai lagi dikebumikan.