Bendang (Sawah) Padi tak ada lagi Sebelum tahun 1980 (tak silap teman) kat Ketior ada bendang (sawah) padi. Cantik mata memandang bila musim berbendang. Lepas menuai padi, main layang-layang. Menangkap ikan pun seronok. Tapi le ni bendang dah jadi kebun kelapa sawit. Kelapa sawit kuat 'minum', jadi ayor sungai pun dah kurang. Zaman tak paip air, sungai salah satu tempat mandi manda. Tapi yang tak tahannya, deme buang ayor besor pun dalam sungai juga. |
Telaga (perigi)dah tak guna lagi Teman tak berapa ingat bila paip air dibekal kerajaan ke Ketior, rasanya akhir 70an atau awal 80an. Sebelum tu perigi digunakan untuk air minum dan mandi-manda. Telaga yang teman selalu singgah minum masa balik sekolah, telaga kat masjid Ketior, telaga kat selekoh selepas masjid (hala ngelo), telaga Pak Hassan (kat Batu 25). Paling teman tak lupa, kena angkat air minum dari perigi ke rumah teman, kena kando dua tong. |
Banjir pun dah tak ada Sebelum adanya Empang Temenggur (tak silap sekitar 70an), kat Batu 26 selalu banjir bila musim hujan. Masa ni memang seronok main rakit buluh atau main rakit batang pisang. Banjir paling beso tahun 1967 tapi masa tu teman tak ada di Ketior, teman di Batu Kurau rumah Pandak teman. Teman nyaris lemas di Sg. Kurau sebab main kat sungai, nasib baik sempat di selamatkan. |
Ramai dah tak ada Adat dunia, tiada yang kekal. Teman dulu ngaji Quran dengan Pahwah Konik, Pan Mudah, Tokcu Ramli dan khatam Quran dengan Pahwah. Teman ada juga ikut ngaji ugama kat surau Batu 26 dengan imam Abdullah. Kat Ketior dulu ada tukang besi buat parang dan pisau toreh pokok getah, tak silap namanya Tokki Harun. Kalau gunting rambut teman selalu pergi rumah Tokki Tak (Batu 25), kalau baiki basikal teman pergi rumah Tok Reat (Batu 26). |